Posted in #luarnegara

The Death of Money: The Coming Collapse of the International Monetary System

9780670923694-us
Kulit hadapan memperlihatkan metafora terhadap tajuk buku.Mata wang dunia disusun secara menegak dan bersepah, analogi kepada kegagalan satu-persatu mata wang tersebut dalam pasaran dunia. Rerumput yang hijau melambangkan krisis kewangan itu akan berlaku tidak lama lagi. Manakala latar belakang berkabus dan awan hitam yang gelap seolah-olah memberitahu masa depan yang suram. Tetapi sinaran mentari yang muncul umpama memberi harapan baru untuk masa depan.

Nama: The Death of Money: The Coming Collapse of the International Monetary System

Penulis: James Rickards

Muka surat: 356 halaman

Tahun diterbitkan: 2014

Penerbit: Portfolio Penguin

Harga: £ 14.99/ RM 15 (BBW 2016)

ISBN: 9780670923694

Cetakan: Pertama, 2014

‘The next financial collapse will resemble nothing in history’

The international monetary system has collapsed three times in the past hundred years: 1914, 1939 and 1971. Each collapse was followed by a period if war, civil unrest or damage to the stability of the global economy.

Now James Rickards, the acclaimed author of Currency Wars, shows why another collapse is rapidly approaching-and why this time, nothing less than the institution of money itself is at risk.

The US dollar has been the global reserve currency since the end of the Second World War. If the dollar fails the entire international monetary system will fail with it. But Washington is gridlocked, and America’s biggest competitors- China, Russia and the Middle East- are doing everything possible to end US monetary hegemony.

The potential results: financial warfare. Deflation. Hyperinflation. Market collapse. Chaos.

James Rickards offers a bracing analysis of the fundamental problem: money and wealth have become ever more detached. Money is transitory and ephemeral; wealth is permanent and tangible. While wealth as real value worldwide, money may soon be worthless. The world’s big players-governments, banks, institutions-will muddle through by making new rules. The real victims of the next crisis will be small investors who assumed that what worked for decades will keep working.

Fortunately, it is not too late to prepare for the coming death of money. In this riveting book, James Rickards shows us how.

***

 Secara umum, bahagian pertama buku ini terbahagi kepada 2 bab membincangkan peranan mata wang dalam mencorakkan landskap geopolitik dunia. Dalam era yang serba moden, peperangan tidak lagi terbatas secara fizikal. Ia boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira masa dan lokasi. Oleh itu, penulis berhujah alam siber boleh menjadi medan perang zaman moden dan mata wang ialah senjata pilihan utama. Melalui strategi ini, tiada nyawa terkorban tetapi kesannya terhadap negara yang kalah lebih dahsyat daripada peperangan secara fizikal.

Penulis membuka bahagian kedua buku ni dengan bab bertajuk “The Ruin of Markets” yang membincangkan faktor-faktor yang mampu menghancurkan pasaran ekonomi dunia. 3 bab seterusnya membincangkan peranan 3 negara: China, German dan pakatan antara negara,dalam menentukan kelangsungan ekonomi dunia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, negara Tembok Besar ini dikatakan mampu mencabar Amerika Syarikat dalam sebagai kuasa besar dunia. Malahan, beberapa dasar luar negara China memperlihatkan usahanya dalam meluaskan pengaruhnya di Asia Pasifik seperti melalui konsep “One Belt, One Road” (OBOR). Di sebalik kemegahan ini, China tidak terlepas daripada masalah ekonomi sebagaimana yang dihadapi oleh seteru utamanya, Amerika Syarikat, yang mampu mengubah landskap ekonomi dunia. Satu masalah yang disentuh penulis ialah tadbir urus perusahaan milik negeri (state-owned enterprises) yang buruk sehingga menyebabkan China terjerumus ke dalam masalah yang lebih rumit, kewujudan bandar-bandar hantu di sekitar China.  Ditambah pula dengan pelaburan oleh bank-bank China di dalam pembangunan hartanah mirip skim Ponzi berskala besar, ekonomi China umpama bom masa yang menanti waktu untuk meletup.

Bahagian ketiga ini berlegar sekitar wang dan kekayaan. Tidak seperti bahagian kedua yang lebih ke arah kajian kes, bahagian ketiga buku ini lebih menjerumus kepada konsep dan teori ekonomi. Oleh itu, perhatian yang lebih perlu bagi pembaca yang bukan dari bidang ekonomi untuk memahami bahagian ini dengan lebih mendalam.

Satu bahagian yang menarik bagi saya ialah sub-topik bertajuk One Currency (Bab 8: Central Bank of the World) yang membincangkan alternatif  untuk menggantikan USD sebagai mata wang utama dunia, yang dikenali sebagai Special Drawing Rights (SDR). Apa itu SDR? SDR ialah satu tabung kewangan terdiri daripada dollar, euro, yen, renmibi dan pound sterling yang dikawal selia oleh IMF. SDR lahir daripada ketidakmampuan dollar dan emas sebagai aset simpanan antarabangsa bagi menampung permintaan hasil daripada perkembangan ekonomi yang tinggi sekitar tahun 1960-an.

Menerusi buku ini, pembaca akan menyedari terdapat beberapa peristiwa mahupun tokoh yang kerap kali diulang penulis sebagai sumber rujukan terhadap kegagalan ekonomi dunia pada masa lepas.Malahan boleh dikatakan bahawa peristiwa dan tokoh tersebut menjadi tulang belakang perbincangan dalam buku ini. Sebagai contoh Perang Dunia Kedua, Persidangan Bretton-Woods 1944, dan Nixon Shock 1971. Oleh itu bagi pembaca yang kurang arif dengan perkara tersebut, silalah membuat bacaan awal sedikit bagi mengukuhkan pemahaman terhadap topik yang dibincangkan. Konsep seperti tukaran mata wang asing, inflasi, deflasi juga perlu dikuasi pembaca.

Sebagai penutup, buku ini amat sesuai dibaca bagi mereka yang ingin mengetahui faktor-faktor yang mampu mengundang krisis kewangan yang baharu, berdasarkan kegagalan, kedangkalan dan kerasukan segelintir pihak dalam mengurus sistem kewangan antarabangsa. Bagi pembaca yang tidak mempunyai ilmu mendalam dalam cabang makroekonomi, buku ini sedikit mencabar untuk dihadam tetapi kandungannya amat membuka mata. Selamat membaca!!!

Leave a comment